Menu
Masjid al-Haram Kepentingan Masjidil HaramMasjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,
"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Allah SWT,
"Janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu
Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah boleh dilaksanakan di sepanjang tahun.Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Umrah boleh di tunaikan sebelum menunaikan haji iaitu menunaikan umrah dahulu atau selepas menunaikan haji.
Menu
Masjid al-Haram Kepentingan Masjidil HaramBerkaitan
Masjid Masjid al-Aqsa Masjid al-Haram Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid Nabawi Masjid Sri Sendayan Masjid Jamek, Kuala Lumpur Masjid Tanah Masjid Negara Masjid Sultan AhmedRujukan
WikiPedia: Masjid al-Haram http://archnet.org/library/sites/one-site.tcl?site... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M...